Tuesday, November 13, 2012

TEKNIK MEMAHAMI IDEA2 YANG RUMIT DARI BUKU / ARTIKEL / JURNAL


Teknik memahami 'idea2 rumit (kompleks)' dari Buku, Artikel, dan Jurnal secara EFFEKTIF. 
_______________________________________________

1) Rumuskan idea penulis dalam SATU (1) AYAT yang hanya ada 10 PATAH PERKATAAN.

2) Bina 5 keyword UTAMA yang boleh diekstrak dari buku tersebut.

3) Senaraikan TIGA (3) point utama dihujah oleh penulis secara konsisten.



4) Sebut 1 mesej utama penulis dalam bahagian PENDAHULUAN dan PENUTUP.

5) Cari 'review' penulis lain tentang buku itu dari mana2 jurnal.

Tuesday, November 6, 2012

Kisah tentang Hari yang Sedih dan Gagal..mampu bertukar Harapan dan Semangat


Semalam merupakan satu hari yang agak pelik, sedih, muram durja, bangkit, teruja, semangat, harapan, indah, gembira. Ini adalah kesimpulan perasaan yang aku lalui semalam. Aku tak tahu mahu mengungkapakan bagaimana, namun begitulah campuran perasaan yang aku mampu sampaikan. Begini kisahnya...

Sedih dan merasa diri gagal? Ya, ada sebab untuk aku merasa bermuram durja. Ini kerana perkembangan penulisan Research Paper aku sangat mengecewakan memandangkan hari penghantaran semakin hampir tiba, sedangkan masih terlalu banyak Chapter yang perlu disiapkan. Jangankan kata untuk ‘editing’ , untuk tulis pun belum siap. Ya ALLAH.

Oh ya, aku hampir terlupa. Aku juga berasa sedih kerana tidak dapat menghantar borang dan dokumen2 yang berkenaan kepada INTEC yang baru2 ini mewartakan tawaran kerja kosong sebagai pensyarah sambilan dan tetap. Aku terkedu kerana di dalam syarat itu mengkehendaki calon untuk menyediakan bersama surat pengesahan dari bekas majikan. Masakan tidak, maklumat akan kekosongan itu aku dapat tahu pada hari Jumaat, 2 November 2012, sedangkan tarikh tutup permohonan pada 6 November 2012 (jika ditolak Sabtu dan Ahad, ianya hanya ada satu hari berkerja). Mengambil kira kesukaran untuk bertemu dan untuk memohon bekas majikan Dr. Nizam Barom untuk menulis surat pengesahan adalah salah satu kekangan. Beliau yang ada menghidap penyakit penglihatan (akibat retina mata beliau yang tidak boleh berfungsi seperti normal) pasti sukar untuk menyediakan surat dalam masa yang mendadak dan mengejut. Tambahan pula aku pernah bekerja dengan beliau sedia maklum dengan kesukaran beliau untuk menyediakan kerja2 bertulis dengan segera. Tak mengapa, aku letakkan matlamat biarlah lambat sekalipun, aku akan tetap hantar boring itu dengan lengkap, beserta dengan semua dokumen2 penting yang telah disahkan.

Selain itu juga, aku betul2 merasa tertekan duduk terperap seorang diri untuk menyiapkan Research Paper di dalam bilik, sedangkan satu ayat pun tidak kunjung tiba di kepala. Antara sebabnya ialah kekurangan rujukan yang betul2 boleh dimanfaat dan dirujuki. Tekanan ini bertambah dengan line internet yang tiba2 lemah hatta sampai peringkat kosong. Untuk mencari sumber rujukan, tidak dapat dipenuhi. Hilang keupayaan mental aku tika itu. Semua ini betul2 membuatkan segala urusan kerja ku terhenti.
Mungkin segalanya ini bermula apabila aku tidak mula merancang objektif yang aku mahu capai sepanjang hari dari awal pagi. Tambahan pula aku terus rasa mengantuk pada pukul 7.55 pagi selepas Subuh dan terlelap hampir 3 jam kemudiannya. Bayangkan betapa banyaknya masa yang dibazirkan begitu sahaja sedangkan aku ada terlampau banyak urusan dan kewajiban yang perlu diselesaikan.

Dan aku sangat merasakan akibat tidur yang berlebihan ini membuatkan ‘self-esteem’ aku jatuh teruk dan seterusnya tidak dapat mengfokuskan hati dan minda untuk bekerja dengan se-optimum mungkin.  Dan jam makin pantas berlalu, aku tetap di bilik untuk berhempas pulas memerah otak untuk menggunakan apa sahaja sumber yang ada ungtuk menaikkan semangat untuk menulis. Namun, tetap yang ditulis bukan juga berkisar dengan Research Paper secara langsung, tetapi bacaan2 lain. Sedih, tapi tak mengapalah sekurang-kurangnya ada juga kerja yang aku mampu sumbang dan hasilkan.

Sehinggalah hampir waktu Maghrib tiba, aku terus membuat keputusan untuk pergi keluar dari bilik dengan siap membawa bersama target2 yang perlu aku selesaikan pada malam itu juga, sebelum aku menutup mata, tidur.

Alhamdulillah, setelah berada di perpustakaan UIA, aku hampir dapat menyelesaikan beberapa perkara. Walaupun bukan semua  yang tercapai, namun sedikit sebanyak ia telah mengembalikan ‘self-esteem’ aku dan terus berasa yakin untuk menyiapkan kerja2 lain yang banyak tertangguh.

Tiba-tiba, semangat aku boleh pula jatuh, apabila ayah menelefon bertanyakan status thesis aku, yang kemudiannya terus membayangkan yang aku masih tidak mempunyai apa2 pekerjaan. Yang aku ada hanya ketika ini hanyalah status seorang pelajar Post-Graduate sepenuh masa. Tiada pendapatan..tiada pekerjaan. Sungguh aku merasa diri aku penuh kekurangan, kelemahan, bernasib malang dan tidak bermanfaat pada orang lain terutamanya kepada ibu ayah aku, apabila aku masih belum mempunyai pekerjaan dan pendapatan untuk disumbangkan kepada mereka. Cukup sedih dan hilang semangat. 
            


       Dalam saat ketika itu jugalah, sesuatu yang ajaib berlaku. Dalam keadaan psikologi aku masih belum fokus dan meyakinkan, aku mendapat panggilan daripada Hamidi Zamri (kini Presiden SRC UIAM sesi 2012/2013) yang memberitahu pihak IKIM mahu menjemputku untuk menjadi ahli panelis dalam satu bual bicara siswa secara langsung pada hari Rabu, 7 November 2012. Antara tajuk awal yang diberikan ialah “Pendapat dan Pengalaman Siswa tentang Melanjutkan Pelajaran berbanding Bekerja”. Aku terkejut. Namun sungguh, tajuk yang menarik dan sesuai dengan keadaan situasi aku.

Walaupun pada mulanya aku berasa sedikit gusar; kerana jemputan dalam waktu yang singkat beserta aku masih belum berpengalaman secara langsung ditemuramah oleh pihak media radio. Tetapi yang memberi keyakinan pada aku ialah aku merasakan ini adalah percaturan dan bantuan ALLAH untuk mengembalikan semula keyakinan dan semangat aku. Aku tiba-tiba menjadi semangat untuk menerima jemputan itu untuk meluahkan segala isi hati aku yang positif dan penuh harapan tentang mengapa aku pilih jalan ini. Mengapa aku memilih untuk melanjutkan pelajaran berbanding bekerjaya sepertimana rakan-rakan aku yang lain. Ya, aku perlu menjelaskan sejujur-jujurnya dan seyakin-yakinnya pada diri mengapa jalan inilah yang terbaik untuk aku; lantas bermanfaat dan amat bernilai untuk dicontohi oleh mereka2 yang di luar sana yang terutamanya anak muda yang telah pun menghabiskan pengajian di peringkat ijazah muda.

     Ya, ini adalah satu cetusan baru dalam hidup aku. Aku mahu menyampai idea-idea, harapan-harapan, nilai-nilai, misi dan visi, matlamat sejati mengapa perlu anak muda melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi, terutamanya untuk golongan lelaki. Lelaki sebagai bangsa yang pupus dari disinonimkan dengan pendidikan tinggi. Aku perlu kembali menyedarkan diri, tujuan dan matlamat, bukan kerana kepuasan diri peribadi semata-mata. Ya, demi Tuhan dan demi agama yang menjaga diriku hingga mati.

    Aku perlu habiskan disertasi thesis aku dengan sesegera mungkin. Aku mesti bekerja keras menyelesaikan pengajian Sarjana aku. Aku mesti meninggalkan hasil sumbangan akademik yang terbaik, yang mampu dimanfaati oleh seluruh umat. Hasil tulisan kerja yang mampu memberi umat satu kelebihan, yang lantas membantu agama untuk tegar ampuh.  Bahkan, semua demi Tuhan yang cintakan kesempurnaan. Aku perlu mengejar itqan yang ‘sempurna’. Aku perlu kembali kepada tujuan yang sebenar untuk mendidik.  Mendidik diri dan mendidik umat. Ya Tuhan, jagalah aku.!

    Akhirnya aku menyedari hikmah akan setiap kejadian. Dan bagaimana Tuhan menukarkan hari yang penuh derita dan sugul boleh bertukar menjadi semangat dan cerah dalam sekelip mata. Allahu Akbar.

Allamdulillah…hatiku kembali tenang kembali.. dan mindaku kembali positif bekerja semula.  :)






Sunday, November 4, 2012

PROSES MENGAKTIFKAN DIRI DI AWAL PAGI


Hari ini aku bangun agak awal. Yakni 5.40 pagi. Beberapa minit sebelum azan Subuh. Namun malangnya aku masih tetap berada di atas katil dan tidak terus pergi ke bilik air. Lantas dengan sendirinya mata aku terkatup dan sedar-sedar sudah pukul 6.08 pagi takkala kedengaran Iqamat Subuh sedang dilaungkan. Ya Allah.. mengapa lemah sangat diriku ini..

Mujurlah ketika aku sampai ke Mussolla Faruq, masih ada yang sedang bersolat. Maka aku tetap boleh bermakmumkan seorang Imam. Syukur.

Selepas solat, aku bertafakur sebentar. Fikiran aku kosong..walau mulut terkumit-kumit mengucapkan istihgfar dan zikir namun hati aku tetap tidak merasakan ketenangan seperti yang seharusnya seorang abid yang tenang. Entahlah, aku tidak tahu apa yang aku fikirkan..

Mungkin sebab tentang Research Paper aku yang agak tersangkut perkembangannya sekian lama kerana ‘writer blocks’ atau…
Kemudian aku terus pergi pulang ke bilik. Dengan merasakan tekanan dan semangat untuk mula menulis Chapter 2, aku terus membuka laptor Acer ku. Malangnya , dan ini selalu terjadi setelah buka  laptop , fokus aku terus mengalih ke perkara lain, terutamanya setelah log in ke dalam facebook.
Aku tidak tahu mengapa mudah benar aku hilang fokus. Mungkinkah otak dan minda aku masih belum benar berfungsi di tahap terbaik untuk menulis?  Mungkinkah tumpuan aku masih lemah di kala setiap pagi hari? Bak kata orang, aku ini ‘not a morning person’.

Segalanya ini menunjukkan bahawa mungkin aku masih belum bersedia untuk menulis di awal pagi hari..



Namun pada masa yang sama aku juga ada menenui kaedah yang baik dalam menyelesaikan masalah ‘Not morning person’ ini. Antaranya ialah bangun lebih awal dari Subuh lagi. Yakni dalam pukul 4 .00 ke 5.00 pagi. Kemudian terus menyegarkan diri dengan mandi. Disambung pula dengan menunaikan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunnat, khususnya Solat Tahajjud. Bahkan disambung pula dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sebelum Subuh tiba. Aku kira ini adalah teknik dan amalan yang amat berkesan untuk mendapat kesegaran di awal pagi. Yang pastinya membolehkan aku untuk terus menulis selepas sahaja habis menyelesaikan solat Subuh.




Cuma yang masalahnya ialah selalunya (atau hampir setiap hari) aku tidak dapat tidur awal. Atau jikapun aku terus masuk tidur awal, pastinya aku tidak boleh tidur dengan nyenyak dan berterusan, kerana aku akan kerap terjaga. Mungkin ini adalah tabiat yang dibentuk sejak menjadi aktivis 'undergaduate' dahulu yang sibuk dengan program dan mesyuarat sehingga lewat malam. Hal ini seterusnya menyebabkan aku selalu mengantuk yang bersangatan selepas Subuh, dan kebiasaannya akan mula terlelap dalam pukul 7.15- 7.30 pagi sehingga aku akan terjaga dalam pukul 10.30 pagi atau 11.00 pagi. Ini sungguh sesuatu yang amat menyiksa jiwa, prinsip dan ‘self-estem’ aku untuk lalui hari yang produktif.

Maka aku cuba usaha menilai cara urus hidup aku seharian dan bertindak semampu yang boleh untuk memperbaikinya. Aku sedar apabila sudah menjadi tabiat, ia memang amat sukar untuk diubah, apatah lagi tabiat itu sesuatu yang buruk; terutamanya tidur banyak di siang hari. Aku perlu berubah!

Jadi mungkin apa yang ku boleh lakukan ialah aku mesti berhempas pulas untuk menyiapkan apa-apa tugasan dan tidak tidur di siang hari agar tubuh aku benar-benar merasai kepenatan dan memudahkan aku untuk tidur di awal waktu di malam hari. Aku meletakkan target untuk tidur seawall pukul 11.00 malam (kata orang sebaiknya pukul 10.30 pm), atau paling teruk sebelum pukul 12.00 malam.




Apa yang aku perlu lakukan ialah aku Wajib membayangkan bahawa Esok Hari adalah hari yang amat penting bagi aku. Seperti perlu menghadiri temuduga esoknya, atau perlu berlepas ke Luar Negara seawal pagi, atau menghadap jawantankuasa pembentangan, atau perlu bertemu dengan pegawai besar untuk urusan kerja dan lain-lain yang penting dan kritikal.  Aku fikir dengan kaedah begini aku pasti akan tidur awal dan bangun pula awal. Insha ALLAH.  


Thursday, November 1, 2012

Bounded Rationality, Risk and Efficiency.






Based on empirical and experimental data which are in favor of prospect-theoretic “bounded rationality”, El-Gamal concluded that with this bounded rationality individuals will reach inefficient risk-trading solutions instead of efficient risk sharing ones, which means that prohibition of risk trading (Gharar) is efficiency enhancing (Al-Saati, 2003, p.3). 







ReferenceThe Permissible Gharar (Risk) in Classical Islamic Jurisprudence. Abdul Rahim Al-Saati (2003), J.KAU: Islamic Econ.,Vol. 16, No. 2, pp. 3-19 (1424 A.H / 2003 A.D)