Monday, March 16, 2009

ERTI dan BAGAIMANA mahu BAHAGIA

BAGAIMANA DAN APAKAH SEBENARNYA KEBAHAGIAAN ITU?

Menurut Imam Ibnu Qayim al-Jauziyah selaku pengkarya Madarijus Salikin, kebahagian atau kesenangan itu lebih disebabkan oleh kerana mendapat apa yang dicintai. Sedangkan kesedihan, kesengsaraan dan kenestapaan lebih diakibatkan oleh kehilangan apa yang dicintai (Madarijus Salikin, jilid 3, hal. 188).

Menurutnya lagi, untuk mencapai kebahagiaan , maka ianya ditentukan oleh pilihan hati dan jiwanya tentang siapa yang mahu dikasihinya dan dicintainya. Yang mana hati, jiwa dan hidup tidak lagi mempunyai kekuatan, kecuali yang disebabkan oleh kekasihnya. Juga tiada kepuasan baginya walau sekejap mata, tiada pula kebahagian dan ketenangan dalam hati kecuali oleh sebab kekasihnya.

Di sini, orang dimaksud adalah sesungguhnya mereka lebih memerlukan kekasihnya daripada pendengaran, penglihatan dan kekuatannya sendiri, bahkan dari hidupnya. Kerana hidup tanpa memiliki apa yang dicintai adalah siksa dan kepedihan. Untuk itu, hidup seseorang bergantung pada kedekatannya dengan yang dicintai (Madarijus Salikin, hal.286).

Oleh yang demikian, alangkah besar kebahagian orang yang telah dicintai oleh ALLAH selaku punca segala kebahagiaan. Cinta Allah pada hambaNya merupakan perkara yang luar biasa dan besar, kurnia yang melimpah dan tidak boleh diketahui nilainya kecuali oleh orang yang telah mencapai ma’rifat akan Allah dengan berbagai sifat yang melekat padaNya, sebagaimana Ia mensifati diriNya. Lantas, apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu dicintai ALLAH?

Antaranya tanda-tanda seseorang itu DICINTAI oleh ALLAH ialah:

1) Si hamba terjaga dari terjebak urusan duniawi semata.
Dari Abi Sa’id Al Khudri Ra. Nabi SAW bersabda;
“ Sungguh Allah sentiasa menjaga hambaNya yg mukmin dari keburukan perkara dunia, dimana sang hamba pada hakikatnya sangat mencintainya. Sebagaimana layaknya seseorang yg sedang menjaga saudaranya yang sedang sakit dari makanan dan minuman yang dpt membahayakannya.” (Diriwayatkan oleh Al Hakim dan disepakati oleh Adz Dzahabi.)
Allah menjaga hambanya dari terlena kepada kesenangan duniawi dan menjadikan suatu penghalang (penapis) dari kenikmatan serta nafsu syahwat yag membuai. Allah juga menjaga agar tidak selalu berlumuran dengan gemerlapan kenikmatan-kenikmatan dunia.
Allah menjaga para waliNya dari keburukan-keburukan dunia, walaupun mereka sebenarnya menginginkan akan hal dunia tersebut. Allah menjaga mereka dengan tujuan agar hal-ihwal mereka sentiasa berada dalam keadaan terpuji dan membahagiakan.

2) Allah juga akan mendidik si hamba dengan baik semenjak masa kanak-kanaknya, berdasarkan pada sistem aturan yang terbaik. Allah juga akan menetapkan keimanan yang kukuh dalam hati hamba tersebut, sebagaimana hadis nabi SAW:

3) Allah juga memberi nur (cahaya) pada akal fikirannya, di mana DIA menuliskan hal itu semata-mata untuk mencintai sang hamba agar mengkhususkan diri dengan beribadah kepadaNya, menyibukkan lisan untuk menyebut namaNya dan anggota tubuhnya digunakan untuk berkhidmat kepadaNya serta menghindari (berpaling dari) setiap apa yg menjadikan dirinya melupakan sang Khalid.
Lalu Allah menolongnya dengan mempermudahkan segala bentuk urusannya, tanpa harus merendahkan akhlaknya.

4) Allah juga melapangkan zahir dan batinnya, menjadikan cita-citanya hanya tertuju pada satu tujuan iaitu ridha Allah. Dengan demikian, apabila cinta itu bertambah, maka Allah akan menyibukkan jiwanya dan membandingkan (melebihkan) diriNya dari segala sesuatu yang ada di muka bumi ini (Mukhtashar Minhajul Qasidin, hal. 349).

5) Allah juga akan bersikap lembut terhadapnya. Ertinya Dia akan mempermudah dan memperlakukan sang hamba dengan baik (Faidh al-Qadir, jilid I, hal. 263).

6) Allah akan menjadikan diri sang hamba diterima oleh penduduk bumi (masyarkat pada umumnya), iaitu apabila hati para penduduk bumi menyambut secara baik terhadap kehadirannya dengan rasa cinta, cenderung kepadanya, bersikap rela serta memujinya (Fathul Baari, Juz.10, hal. 462).

7) Allah akan mengujinya dengan bermacam-macam ujian. Sehingga Allah membersihkan dosa-dosa mereka dan mengosongkan hati mereka dari kesibukan duniawi.
Sebagaimana hadith nabi SAW; “Ujian itu berlansung pada diri seorang mukmin dan mukminat, baik pada diri, harta mahupun kekuasaannya. Hingga Allah membuang ujian-ujian tersebut dan tiada lagi sedikit pun kesalahan yang tertinggal padanya” (diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At Tirmidzi dan AL Hakim dari Abi Hurairah, dengan sanad hasan).
Seluruh ujian yang diberikan kepada mereka merupakan satu bentuk dari miniatur kehidupan yang sempit, suram dan memberi kekuasaana pada ahli duniawi; agar Allah menyaksikan kesejatian dalam mujahadah hambaNYa.
Sebagaimana Allah swt berfirman ;
Artinya: “ Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji mereka (para hamba), agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kalian; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwal diantara kalian.” (Muhammad : 31)
Dari Sa’ad Radhiyallahu ‘Anhu berkata;
Artinya: “ Aku bertanya kepada Rasulullah tentang siapakah orang yang lebih berat cubaannya di dalam menjalani kehidupan ini? Baginda menjawab: Para Nabi, lalu orang –orang yang menyerupai mereka dan seterusnya. Seseorang itu diuji berdasarkan kadar keimanannya. Jika keimanannya kukuh, maka semakin berat cubaan yang akan diberikan kepadanya. Akan tetapi, jika keimanan yang melekat pada jiwanya lemah, mka ia akan dicuba menurut kadar keimanannya tersebut. Cubaan atau ujian itu akan sentiasa datang pada diri seorang hamba, hingga Allah membiarkannya berjalan di atas bumi dalam keadaan tidak menanggung (terbebas dari) kesalahan.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, Ibn Majah, Ad Darimi dan AL Hakim).