Sunday, November 4, 2012

PROSES MENGAKTIFKAN DIRI DI AWAL PAGI


Hari ini aku bangun agak awal. Yakni 5.40 pagi. Beberapa minit sebelum azan Subuh. Namun malangnya aku masih tetap berada di atas katil dan tidak terus pergi ke bilik air. Lantas dengan sendirinya mata aku terkatup dan sedar-sedar sudah pukul 6.08 pagi takkala kedengaran Iqamat Subuh sedang dilaungkan. Ya Allah.. mengapa lemah sangat diriku ini..

Mujurlah ketika aku sampai ke Mussolla Faruq, masih ada yang sedang bersolat. Maka aku tetap boleh bermakmumkan seorang Imam. Syukur.

Selepas solat, aku bertafakur sebentar. Fikiran aku kosong..walau mulut terkumit-kumit mengucapkan istihgfar dan zikir namun hati aku tetap tidak merasakan ketenangan seperti yang seharusnya seorang abid yang tenang. Entahlah, aku tidak tahu apa yang aku fikirkan..

Mungkin sebab tentang Research Paper aku yang agak tersangkut perkembangannya sekian lama kerana ‘writer blocks’ atau…
Kemudian aku terus pergi pulang ke bilik. Dengan merasakan tekanan dan semangat untuk mula menulis Chapter 2, aku terus membuka laptor Acer ku. Malangnya , dan ini selalu terjadi setelah buka  laptop , fokus aku terus mengalih ke perkara lain, terutamanya setelah log in ke dalam facebook.
Aku tidak tahu mengapa mudah benar aku hilang fokus. Mungkinkah otak dan minda aku masih belum benar berfungsi di tahap terbaik untuk menulis?  Mungkinkah tumpuan aku masih lemah di kala setiap pagi hari? Bak kata orang, aku ini ‘not a morning person’.

Segalanya ini menunjukkan bahawa mungkin aku masih belum bersedia untuk menulis di awal pagi hari..



Namun pada masa yang sama aku juga ada menenui kaedah yang baik dalam menyelesaikan masalah ‘Not morning person’ ini. Antaranya ialah bangun lebih awal dari Subuh lagi. Yakni dalam pukul 4 .00 ke 5.00 pagi. Kemudian terus menyegarkan diri dengan mandi. Disambung pula dengan menunaikan sekurang-kurangnya dua rakaat solat sunnat, khususnya Solat Tahajjud. Bahkan disambung pula dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sebelum Subuh tiba. Aku kira ini adalah teknik dan amalan yang amat berkesan untuk mendapat kesegaran di awal pagi. Yang pastinya membolehkan aku untuk terus menulis selepas sahaja habis menyelesaikan solat Subuh.




Cuma yang masalahnya ialah selalunya (atau hampir setiap hari) aku tidak dapat tidur awal. Atau jikapun aku terus masuk tidur awal, pastinya aku tidak boleh tidur dengan nyenyak dan berterusan, kerana aku akan kerap terjaga. Mungkin ini adalah tabiat yang dibentuk sejak menjadi aktivis 'undergaduate' dahulu yang sibuk dengan program dan mesyuarat sehingga lewat malam. Hal ini seterusnya menyebabkan aku selalu mengantuk yang bersangatan selepas Subuh, dan kebiasaannya akan mula terlelap dalam pukul 7.15- 7.30 pagi sehingga aku akan terjaga dalam pukul 10.30 pagi atau 11.00 pagi. Ini sungguh sesuatu yang amat menyiksa jiwa, prinsip dan ‘self-estem’ aku untuk lalui hari yang produktif.

Maka aku cuba usaha menilai cara urus hidup aku seharian dan bertindak semampu yang boleh untuk memperbaikinya. Aku sedar apabila sudah menjadi tabiat, ia memang amat sukar untuk diubah, apatah lagi tabiat itu sesuatu yang buruk; terutamanya tidur banyak di siang hari. Aku perlu berubah!

Jadi mungkin apa yang ku boleh lakukan ialah aku mesti berhempas pulas untuk menyiapkan apa-apa tugasan dan tidak tidur di siang hari agar tubuh aku benar-benar merasai kepenatan dan memudahkan aku untuk tidur di awal waktu di malam hari. Aku meletakkan target untuk tidur seawall pukul 11.00 malam (kata orang sebaiknya pukul 10.30 pm), atau paling teruk sebelum pukul 12.00 malam.




Apa yang aku perlu lakukan ialah aku Wajib membayangkan bahawa Esok Hari adalah hari yang amat penting bagi aku. Seperti perlu menghadiri temuduga esoknya, atau perlu berlepas ke Luar Negara seawal pagi, atau menghadap jawantankuasa pembentangan, atau perlu bertemu dengan pegawai besar untuk urusan kerja dan lain-lain yang penting dan kritikal.  Aku fikir dengan kaedah begini aku pasti akan tidur awal dan bangun pula awal. Insha ALLAH.  


No comments: